SELESA menjalani fasa hidupnya kini, pelakon Aprena Manrose memberitahu dia tidak mahu tergesa-gesa untuk kembali berumah tangga selepas perkahwinannya sebelum ini berakhir dengan perceraian.
Aprena atau nama sebenarnya Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman, 33, berkata dia mahu memberi ruang kepada dirinya untuk pulih secara emosi selain mengakui belum mampu melupakan pengalaman pahit dalam perkahwinan sebelum ini.
"Sebenarnya penat. Kalau boleh saya mahu merawat luka dahulu. Saya dah bercinta dari usia 18 tahun, kemudian berkahwin ketika berusia 23 tahun.

Aprena belum sedia untuk kembali bergelar isteri.






