IMPIAN seorang lelaki berusia lingkungan 40-an mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihannya tidak kesampaian apabila ikatan pertunangan mereka terputus di tengah jalan.
Hasratnya bergelar suami bukan sahaja terkubur sebaliknya terpaksa menanggung kerugian yang dianggarkan mencecah puluhan ribu ringgit.
Rakannya mendedahkan selain barangan mewah, lelaki tersebut sanggup melunaskan hutang wanita tersebut yang berjumlah RM35,000 sebagai tanda serius terhadap hubungan mereka.
Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh
Menurutnya, lelaki tersebut baru sahaja berkenalan dengan wanita berusia 22 tahun berkenaan sebelum kedua-duanya mengambil keputusan mengikat tali pertunangan.
“Masa bertunang lelaki ini mengeluarkan belanja RM20,000 termasuk majlis diadakan di hotel dan barang hantaran yang dipilih perempuan ini semuanya mahal-mahal. Telekung jenama Siti Khadijah RM1,500!

Masalah kewangan boleh memberi tekanan dalam kehidupan. -Gambar hiasan AI
“Sejadah RM500, dua bentuk cincin, beg tangan jenama YSL dan banyak lagi. Si lelaki juga bayarkan hutang RM35,000! Tak tahulah hutang dengan ahlong atau bank.
“Duit mahar pun perempuan itu minta RM20,000. Cadangnya mereka nak nikah hujung April nanti,” luahnya dalam hantaran di Threads.
Bercerita lanjut mengenai perkara itu, dia mengakui individu bertanggungjawab memperkenalkan rakannya dengan wanita tersebut.
Bagaimanapun dia tidak menyangka sikap wanita itu yang materialistik sehingga tergamak memutuskan ikatan pertunangan hanya disebabkan beberapa permintaannya tidak dipenuhi oleh rakannya.
“Masa buat pesediaan kahwin, perempuan itu minta barang-barang lebih mahal. Si lelaki ini asyik tolak sampai perempuan itu rasa tertekan.
“Jadi dia nak putuskan pertunangan mereka dan suruh si lelaki datang bertemu dengannya untuk pulang balik barang hantaran.
ARTIKEL BERKAITAN: Dua kali gagal di fasa pertunangan, pemuda meratap nasib malang… Tak tahu apa nak buat dengan 2 cincin dah dibeli
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita nekad batal pertunangan walau BF baik hati, tak tahan sikap ‘nonchalant’ – "Aku sayang dia sangat"
“Tapi apabila si lelaki tanya tentang duit yang pernah diberinya sebelum ini, perempuan itu tidak memberi respon,” katanya.
Tambahnya, wanita tersebut bukan datang daripada keluarga kaya raya namun seleranya sangat tinggi sehingga sanggup berhutang.
“Pinjaman RM35,000 itu salah satu benda di beli iPhone 17 Pro Max. Sanggup berhutang dengan faedah tinggi,” dakwanya.
Perkongsian itu turut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang berpendapat lelaki tersebut perlu membuat pertimbangan sekiranya dia tidak lagi selesa dengan situasi itu.
“Tapi kawan awak rela hati kan? Kalau dia pun bersetuju ikut je la. Tapi kalau dia tak okey boleh pertimbangkan lagi tu.
“Kalau nak putus, minta balik barang dia beri masa bertunang tu. Tapi dah nampak masa depan kalau mereka berkahwin, macam parasit,” komen beberapa netizen.
- Lelaki kerugian puluhan ribu selepas tunang mahu putus.
- Dia belanja hampir RM20,000 untuk majlis pertunangan.
- Lelaki itu juga membayar hutang wanita sekitar RM35,000.
- Pertunangan putus selepas permintaan barang mahal ditolak.
- Peguam kongsi cara kos pertunangan yang boleh dituntut di mahkamah.
Cara saman tunang jika batal perkahwinan
Seorang peguam dikenali sebagai Lawyer Gandhi di TikTok ada berkongsi pandangan mengenai tindakan yang boleh diambil jika berlaku situasi pertunangan dibatalkan.
Menurutnya, perkara pertama perlu dipastikan adalah sama ada terdapat perjanjian jelas mengenai pertunangan atau perancangan untuk berkahwin.
Sekiranya kedua-dua pihak sudah membuat persiapan seperti mengedarkan kad jemputan, pihak yang terjejas boleh menuntut ganti rugi termasuk kos perbelanjaan bagi majlis pertunangan.
Selain itu, individu terlibat juga boleh menuntut pemulangan wang hantaran atau kos lain yang munasabah.
Tuntutan berkaitan perjanjian untuk berkahwin juga boleh dibuat terhadap bekas pasangan melalui mahkamah syariah atau mahkamah sivil, bergantung kepada agama pihak terlibat.





