SEORANG wanita berkongsi pengalaman pahit apabila rumah tangga yang dibina hanya bertahan selama tiga bulan selepas mendakwa bekas suaminya gagal menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga.
Menurut wanita itu, masalah mula timbul sejurus selepas mereka mendirikan rumah tangga apabila suaminya memberi alasan kediaman milik wanita berkenaan terlalu jauh dari tempat kerjanya.
Malah, lelaki tersebut turut memberi alasan bahawa isterinya tidak pandai menghias rumah, sekali gus menambah ketegangan dalam hubungan mereka.
Pelbagai alasan tidak masuk akal diberikan pasangan apabila sudah berubah hati. -Gambar hiasan AI





