PELAKON Song Ji Hyo sekali lagi menjadi perhatian netizen selepas kemunculannya dalam rancangan Running Man didakwa terlalu singkat.
Dalam episod yang disiarkan pada 8 Mac lalu, masa kemunculan solo pelakon itu dilaporkan hanya sekitar 10 saat daripada keseluruhan rancangan yang berdurasi hampir 90 minit.
Perkara itu mencetuskan perdebatan dalam kalangan penonton yang mempersoalkan tahap penglibatannya sebagai ahli tetap program berkenaan.

Ji Hyo tenang berdepan dengan segala kecaman.





