PENDAKWAH bebas PU Syed tampil memberi teguran terhadap perkongsian usahawan sensasi, Datuk Seri Vida mengenai kelebihan surah Al-Fill yang didakwa dapat membantu membuka rezeki lebih luas.
Menurut Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak, 43, tiada dalil yang dapat membuktikan surah berkenaan boleh menjadi penarik rezeki sekiranya diamalkan.
Katanya, dakwaan tersebut boleh menimbulkan salah faham sekiranya disebarkan tanpa sandaran yang tepat.

Video perkongsian Vida mengenai surah Al-Fill.






