Viral

Abang-abang hanya ‘bluetick’, mesej minta duit beli barang basah sempena raya tak dilayan! – “Tahun ni mereka beraya rumah mak”

SELAIN meningkatkan amal ibadah dalam fasa akhir Ramadan, umat Islam juga pada masa sama mula melakukan persiapan sambutan Aidilfitri termasuk perancangan menyediakan juadah untuk dinikmati bersama keluarga.

Namun bagi wanita ini, persediaan menanti ketibaan 1 Syawal bertukar menjadi krisis kecil dalam keluarga apabila abang-abangnya didakwa tidak memberi kerjasama dalam soal kewangan.

Menerusi perkongsian di media sosial, wanita itu meluahkan rasa terkilan selepas mesej yang dihantar untuk meminta sumbangan membeli keperluan masakan hanya dibaca tanpa sebarang respons.

Setiap ibu bapa pastinya menanti kepulangan anak-anak untuk raya bersama. -Gambar hiasan AI

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh