PELAKON Atikah Suhaime tampil memberi respons terhadap pertikaian segelintir netizen susulan tindakannya meraikan sambutan hari lahir anak sulungnya, Lyla Mulan Teh bersama anak-anak yatim.
Atikah atau Nur Atikah Mohd Suhaime, 34, berkata tanggapan kononnya anak-anak yatim berasa sedih melihat orang lain mempunyai ibu bapa adalah tidak benar kerana mereka sebenarnya gembira mendapat jemputan ke majlis seperti itu.
Kata Atikah, berdasarkan pengalamannya anak-anak yatim tidak mempunyai pemikiran negatif seperti cemburu terhadap orang lain, sebaliknya mereka bersikap positif dan terbuka menerima jemputan daripada pihak luar.







