PELAKON dan usahawan Wawa Zainal menyifatkan ulang tahun kelahirannya yang ke-34 pada Khamis sebagai fasa kehidupan tanpa impian besar, sebaliknya mahu memberi lebih banyak bantuan kepada golongan memerlukan.
Menurut Wawa atau Nur Hawa Zainal Abidin, dia kini lebih selesa mensyukuri apa yang dimiliki selain berharap dapat meningkatkan sumbangan khususnya melalui zakat perniagaan.
"Alhamdulillah hari ini (semalam) genap usia saya yang ke-34 tahun di dunia ini. Terima kasih Allah kerana mengurniakan suami yang sempurna.

Sambutan hari jadi Wawa Zainal tahun ini diraikan dengan berkongsi rezeki bersama golongan memerlukan.




