SUAMI kepada pelakon Miera Liyana, Rosland Othman mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur pada Khamis atas pertuduhan menyebabkan pernyataan palsu dikemukakan kepada Bursa Malaysia kira-kira lima tahun lalu.
Rosland, 53, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azrul Darus.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh yang ketika itu memegang jawatan pengarah di Sarawak Consolidated Industries Berhad didakwa menyebabkan satu pernyataan yang tidak benar dihantar kepada Bursa Malaysia berkaitan urusan syarikat tersenarai tersebut.







