BIDUANITA Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi meraih pujian ramai apabila tular sebuah video memaparkan dirinya menyantuni seorang peminat Orang Kurang Upaya (OKU) dengan penuh mesra dan kasih.
Menerusi perkongsian di Threads, Siti atau Siti Nurhaliza Tarudin, 47, dipercayai melayani peminat istimewa itu ketika berada di Singapore Expo baru-baru ini.
Menurut kapsyen yang dikongsikan, momen tersebut menyentuh hati ramai yang menonton.

Siti menerima pujian kerana menyantuni peminat OKU (kanan).





