PENYANYI dan pengacara Roslan Shah atau lebih mesra disapa Cik Lan tampil memeriahkan musim Aidilfitri tahun ini dengan buah tangan baharu apabila melancarkan muzik video lagu raya berjudul Alamak Terlepas Bus Raya.
Menurut Cik Lan, muzik video berkenaan sudah ditayangkan secara rasmi di saluran YouTube MBK Film Studio pada Sabtu lalu.
"Alhamdulillah, muzik video Alamak Terlepas Bus Raya sudah ditayangkan hari ini di YouTube MBK Film Studio. Ini kali pertama saya buat lagu raya yang lengkap dengan muzik video. Sebelum ini tak pernah buat lagi," katanya.


Muzik video lagu ini sudah boleh ditonton di YouTube sejak 7 Mac lalu. 



