PELAKON Nur Fazura tampil mempertahankan seorang sahabatnya yang dikenali sebagai Chot selepas individu berkenaan menjadi sasaran kecaman di media sosial.
Berkongsi tentang persahabatan yang sudah terjalin selama 17 tahun, Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin, 43, menegaskan lelaki berkenaan banyak membantu perjalanan hidupnya.
Malah Chot juga menjadi orang terdekat yang menguruskan anaknya, Nur Fatima.

Komen balas Fazura di Threads.






