SESIAPA sahaja pasti akan berasa cemas dan panik apabila menerima berita orang tersayang sedang bertarung nyawa di hospital.
Lebih meruntun perasaan apabila seseorang itu terpaksa berkejar dengan masa demi memastikan dia dapat berada di sisi insan yang dikasihi.
Begitulah pengalaman menyentuh hati yang dikongsikan seorang pemandu e-hailing selepas membawa seorang penumpang wanita dari De Palma Hotel Ampang ke Hospital Ampang, Selangor.
Lelaki itu memulakan cerita dengan memaklumkan dia menerima tip sebanyak RM20 bagi perjalanan kira-kira 6.1 kilometer (km).

Pemandu e-hailing mempunyai pelbagai pengalaman luar biasa bersama penumpang. -Gambar hiasan





