PELAKON dan pelawak Sathia dilaporkan sudah kembali stabil dan dipindahkan ke wad biasa di Hospital Ampang, Selangor pada Selasa.
Menurut anak perempuannya, Amani, 37, bapanya juga telah selesai menjalani pembedahan pada bahagian kaki kiri pada awal pagi tadi.
"Ayah sudah selesai menjalani pembedahan dan kini dalam keadaan stabil. Tadi doktor ada memberikan ubat tidur supaya ayah dapat berehat buat sementara waktu," katanya kepada mStar.

Sathia tenang lalui pembedahan lagi.






