PENYANYI dan pelakon Amira Othman menafikan dakwaan kononnya babak memaparkan dirinya sedang hamil dalam video muzik lagu Bincang Raya merupakan petunjuk dia kini berbadan dua.
Amira atau Nadia Amira Othman, 33, menjelaskan babak tersebut sekadar elemen jalan cerita yang dirancang bagi menambah kejutan dalam video muzik lagu berkenaan.
Kata Amira, sejak awal perkahwinannya lagi dia sering menerima komen daripada orang ramai yang mendakwa kelihatan seperti mempunyai ‘baby bump’.

Amira akan kongsi sekiranya dia disahkan hamil.






