ARTIKEL

BUKAN SEKADAR NOSTALGIA… FILEM RAYA JULIE’S 2026 SENTUH HATI, KUPAS REALITI PESAKIT ALZHEIMER DAN KASIH IBU BAPA

SAMBUTAN Hari Raya Aidilfitri selalunya sinonim dengan keriangan dan tradisi rumah terbuka yang mengeratkan silaturahim.

Namun bagi sesetengah keluarga, sambutan yang diraikan turut dipenuhi dengan sentuhan emosi dan refleksi diri.

Sempena sambutan Aidilfitri pada tahun ini, jenama biskut kegemaran ramai iaitu Julie’s tampil dengan sebuah naskah istimewa yang bukan sahaja menyentuh jiwa tetapi membawa mesej kesedaran penting tentang penyakit Alzheimer yang kian meningkat dalam kalangan masyarakat masa kini.

Menerusi filem pendek yang dilancarkan, penonton dibawa menyelami kisah menyentuh hati yang memaparkan seorang ibu bernama Hidayah yang mengembara melalui memori raya di ruang simbolik ‘Pusat Simpanan Memori’.

Di ruangan tersebut, setiap detik peristiwa dari zaman kanak-kanak hingga dewasa, tersimpan rapi dan boleh dihidupkan semula sekali gus membawa penonton merasai nostalgia dan makna sebenar kebersamaan.

Watak Zamri, yang kemudiannya terbongkar sebagai Azmir, menjadi penghubung antara memori dan realiti, mengingatkan kita bahawa kenangan bukan sekadar tentang nostalgia, tetapi memerlukan kehadiran, kesabaran, dan komitmen.

Pesakit Alzheimer sukar mengingati memori dan peristiwa yang berlaku dalam hidupnya.
Pesakit Alzheimer sukar mengingati memori dan peristiwa yang berlaku dalam hidupnya.

Filem ini bukan sahaja menyentuh tema memori dan penuaan, tetapi juga memberi kesedaran tentang Alzheimer, yang menjejaskan lebih 8 hingga 11 peratus populasi warga emas Malaysia.

Lebih menarik, Julie’s menampilkan Love Letters, kuih Raya kegemaran ramai, sebagai peneman dalam setiap detik filem tersebut.

Dari coklat, strawberi hingga vanilla, Love Letters kini hadir dalam bungkusan yang mudah dikongsi bersama keluarga dan rakan.

Sesuai untuk makan di rumah, beri hadiah Raya, atau hanya untuk manjakan diri sendiri, kudapan ini menjadikan Raya lebih manis dan bermakna.

Dengan durasi 10 minit sahaja, filem ini boleh ditonton di YouTube, Facebook, Instagram, dan TikTok Julie’s, lengkap dengan sarikata bahasa Malaysia dan Inggeris.

Jangan lupa ikuti #JuliesBiscuits #JuliesLoveLetters untuk kemas kini menarik.

Raya kali ini, sambut dengan kenangan indah dan kudapan manis kerana apa yang kita nikmati pada saat itu, adalah apa yang akan kekal dalam memori.