SEORANG lelaki meluahkan rasa serba salah untuk bersikap jujur dengan ibunya sendiri memandangkan ratu hatinya itu suka mengawal perbelanjaannya walaupun sudah lebih sedekad mendirikan rumah tangga.
Menurut lelaki itu, dia berasa rimas memandangkan ibunya pasti akan bersoal jawab jika dia membelanjakan wang untuk membeli sesuatu buat isterinya.
“Pelik tak… aku sebagai ketua keluarga yang dah 11 tahun usia perkahwinan, tapi mak aku masih kawal kewangan aku. Beli barang kemas untuk isteri pun tanya macam-macam.






