TAMPIL dengan lagu raya berjudul Huru Hara Raya, gandingan penyanyi Mohd Mentor dan Zwen Superchild disifatkan sebagai hadiah istimewa buat peminat yang tidak pernah putus memberi sokongan kepada mereka.
Menurut Mohd atau Mohamad Izwan Mohamad Nor, 37, lagu tersebut menjadi lebih bermakna apabila proses rakaman dapat direalisasikan hasil sumbangan daripada peminat sendiri.
Kata Mohd, idea menghasilkan lagu itu bermula daripada gurauan di media sosial, namun dia tidak menyangka ramai yang masih percaya dengan bakatnya untuk terus berkarya.







