NIAT murni ingin membantu meringankan beban akhirnya mengundang rasa kecewa.
Seorang individu meluahkan rasa terkilan selepas mendakwa neneknya bersikap pilih kasih dalam kalangan cucu, termasuk dalam perkara melibatkan bayaran zakat.
Menurut individu berusia 31 tahun itu, sejak beberapa tahun lalu dia secara sukarela menunaikan bayaran zakat fitrah bagi pihak neneknya dan akan memaklumkan perkara tersebut secara peribadi kepada warga emas berkenaan.





