PERKONGSIAN penyanyi Zizi Kirana memeluk seorang kanak-kanak perempuan mengundang rasa sebak dalam kalangan pengikut di media sosial.
Malah Zizi atau Nur Fazelah Mad Tahil, 41, turut meluahkan kata-kata penuh syukur selepas mendapat kasih sayang daripada seseorang, meskipun bukan darah daging sendiri.
“Allah Maha Baik. Jika belum ditulis pelukan seorang anak untukku, Dia tetap meminjamkan kasih itu melalui pelukan dan senyuman anak-anak di bumi Syam,” ujarnya.

Luahan Zizi di Threads.






