SEORANG peniaga dalam talian meluahkan rasa berang selepas mendakwa barang jualannya lesap sebelum sampai ke tangan pembeli.
Lebih mengharukan apabila dia turut mendakwa kehilangan itu berpunca daripada pihak syarikat penghantaran.
Menurut seorang individu yang berniaga daun palas, perkara tersebut hanya diketahui selepas mendapat notifikasi daripada sistem pengesanan (tracking system) kurier yang menyatakan pembeli enggan menerima barang ditempah.





