PERSIAPAN menyambut Aidilfitri sepatutnya menjadi momen yang membahagiakan bagi setiap keluarga, namun berbeza pula kisahnya bagi wanita ini.
Meluahkan kesedihan dialami, dia berasa rasa terkilan dengan sikap suaminya yang dianggap tidak mementingkan kebajikan keluarga kecil mereka sendiri.
Lebih menambah luka apabila dia terbaca status adik ipar (SIL) yang menzahirkan ucapan terima kasih kepada suaminya kerana membelikan beg tangan baharu sempena hari raya.

Setiap anak ingin membahagiakan ibu bapa dan keluarganya. -Gambar hiasan AI




