PENYANYI baharu, Intan Maya mengakui terkejut apabila pelantun asal lagu Cinta Tersimpul Rapi, Anis Suraya mengikuti akaun Instagram miliknya.
Intan Normayasari, 25, berkata tindakan itu seolah-olah menjadi satu tanda positif bahawa Anis menerima usahanya dalam menghidupkan semula lagu tersebut.
Kata Intan, dia berhasrat untuk bertemu dengan Anis bagi mendapatkan tunjuk ajar serta berkongsi pengalaman dalam industri muzik.

Intan mahu menimba ilmu nyanyian daripada Anis.






