BAPA kepada penyanyi Wann Rashidah iaitu Meor Abdul Rashid Meor Abdul Salim, 78, meninggal dunia di Hospital Selayang pada Jumaat pukul 9.25 malam.
Berita duka itu disahkan oleh pelakon Sheila Mambo selepas mendapat keizinan daripada Wann semasa menziarahinya di Surau Al-Hijriah, Kuala Lumpur sebentar tadi.
Menurut Sheila, dia dimaklumkan arwah sudah menerima rawatan di hospital berkenaan sejak 3 Februari lalu selepas disahkan menghidap batu karang dalam hempedu.
Jenazah kini berada di Surau Al-Hijriah sebelum dikebumikan pada pagi Sabtu.





