PELAKON Fattah Amin berharap orang ramai tidak melemparkan kata-kata negatif terhadap dirinya dan isteri iaitu aktres Amira Othman terutama ketika mereka sedang berusaha mencari rezeki.
Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 36, berkata dia pernah berdepan situasi kurang menyenangkan apabila terdapat komen tidak wajar muncul ketika sedang melakukan siaran langsung.
Kata Fattah, dia memilih untuk menegur secara terbuka supaya orang ramai memahami situasi sebenar.

Fattah mohon netizen berhenti daripada bercakap buruk sewaktu mereka sedang mencari rezeki.






