Hiburan

Perjalanan awal Black Hanifah jadi inspirasi drama Suara Sunyi Di Subuh

SEBUAH drama digital yang sarat dengan kisah perjuangan dan harapan, Suara Sunyi Di Subuh kini mula mencuri perhatian penonton sejak ditayangkan sepanjang Ramadan.

Naskhah terbitan Mantayay Sdn Bhd itu bukan sekadar menampilkan kisah kehidupan biasa, sebaliknya menyelitkan inspirasi daripada perjalanan awal karier penyanyi terkenal, Black Hanifah yang pernah bermula daripada bawah sebelum mencapai kejayaan dalam industri muzik.

Sejak mula bersiaran pada 19 Februari lalu, drama tersebut mendapat maklum balas positif apabila jalan ceritanya yang menyentuh emosi berjaya memberi inspirasi kepada penonton.

Imran Aqil (kiri) dan Fahrin Ahmad merupakan teraju utama drama ini.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh