PENYANYI Liza Hanim terbuka untuk memberi kemaafan kepada individu yang melakukan buli siber terhadap anaknya, Marsya Qistina.
Liza atau Haliza Hanim Abdul Halim, 47, bagaimanapun meletakkan syarat agar pelaku tampil bersemuka bagi menyatakan permohonan maaf secara berdepan.
Kata Liza, dia kini dalam tempoh bertenang selepas membuat laporan polis sehari sebelum Ramadan susulan tindakan melampau individu berkenaan.

Liza mohon pelaku buli siber tampil bersemuka.






