DITUDUH masih tidak boleh melupakan bekas isterinya, Nora Danish, usahawan Nedim Nazri tampil membela dirinya.
Nedim berkata, tindakannya mempertahankan aktres itu atas dasar tanggungjawab sebagai lelaki yang pernah bergelar suami kepada Nora.
“Kepada bebal kata saya buat fasal saya tak boleh lupakan bekas isteri, itu tak betul. Saya buat kerana saya seorang lelaki, faham ? Lelaki yang pernah berkahwin dengannya!,” katanya menerusi satu hantaran di Threads.

Nedim akan sentiasa pertahankan Nora.






