HAJAT untuk menyampaikan sumbangan bertukar menjadi pengalaman menyentuh hati buat dua sahabat ini apabila berdepan situasi tidak dijangka ketika menziarahi sebuah rumah dalam misi infak Ramadan mereka.
Menurut perkongsian individu berkenaan, dia bersama rakannya bergerak secara sukarela menggunakan dana sendiri bagi menghantar bantuan berupa barangan keperluan dapur dan wang tunai kepada golongan yang dirasakan layak.
Namun, mereka berasa hairan apabila sebuah rumah yang dikunjungi tidak menyahut salam mahupun membuka pintu meskipun jelas kedengaran suara orang bercakap serta bunyi televisyen dari dalam.






