PELAKON veteran, Rahim Omar tampil menjelaskan kontroversi yang mengaitkan dirinya dengan dakwaan gagal membayar sewa rumah selama dua tahun seperti tular di Threads.
Tidak menafikan perkara tersebut, Rahim, 66, bagaimanapun mengakui keadaan kewangan tidak menentu menjadi punca kelewatan bayaran tersebut.
Bagaimanapun, pelakon yang dikenali menerusi drama Gerak Khas Undercover itu menolak dakwaan kononnya langsung tidak membuat sebarang bayaran sepanjang tempoh berkenaan.






