SELEPAS tular video didakwa berkelakuan biadab, pelakon dan usahawan Betty Rahmad tampil mempertahankan diri dan menafikan perkara tersebut.
Secara ringkas Betty, 44, memberitahu dakwaan tersebut bukanlah seperti yang digambarkan oleh seorang usahawan asal Singapura itu.
“Yang mana nak percaya dulu, silakan. Yang mana kenal saya tahu saya bagaimana,” katanya.

Betty akan jelaskan kekeliruan tentang insiden tersebut.





