KEHIDUPAN berpologami tidak seindah dibayangkan dan disebabkan itu juga Islam menggariskan pelbagai syarat sebelum membenarkan seorang lelaki berkahwin lebih daripada satu.
Bagi seorang wanita ini, kehidupan sebagai isteri kedua tidak semudah diharapkan walaupun pada awalnya dia yakin sudah bersedia dari segi mental dan emosi.
Enam tahun melayari rumah tangga poligami, wanita ini menasihatkan agar perempuan di luar sana yang terfikir untuk bermadu agar berfikir sedalam-dalamnya sebelum membuat keputusan.






