SUAMI dikecam gara-gara melakukan babak panas ketika Ramadan, pelakon Fasha Sandha mengambil pendekatan untuk tidak mengulas panjang.
Jelas Fasha, 42, dia meminta untuk diberikan masa dan ruang memandangkan masih belum sempat untuk menonton episod dalam drama Sujud Terakhir Encik Norman yang menjadi kontroversi itu.
“Saya memohon agar diberikan masa untuk komen kerana saya belum sempat menonton episod terseut kerana sibuk dengan persiapan drama terbaru saya,” katanya kepada mStar.

Babak tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen.






