PERKAHWINAN tanpa membabitkan keluarga kedua-dua belah pihak boleh mengundang pelbagai masalah hanya disebabkan wujud perasaan tidak puas hati akibat tidak dijemput.
Tidak hanya itu, banyak prasangka buruk boleh tercetus sehingga menjejaskan hubungan kekeluargaan.
Sama seperti nasib wanita ini, keluarga mentua tidak menerima kehadirannya disebabkan perkahwinan dengan suami dilakukan tanpa kehadiran mereka.






