SEORANG wanita tampil berkongsi pengalaman hitam yang masih menghantui hidupnya sehingga kini selepas menjadi mangsa buli ketika menuntut di sebuah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) lebih sedekad lalu.
Menurutnya sebelum berpindah ke SBP dia bersekolah di sebuah sekolah agama di Kedah.
Katanya, kehidupan di sekolah agama itu cukup membahagiakan apabila dikelilingi senior yang baik dan sering membimbingnya dalam hafazan al-Quran.
Guru perlu memberi perhatian kepada setiap luahan pelajar. -Gambar hiasan AI





