PENGANJURAN hari keluarga syarikat sering dianggap sebagai wadah untuk mengeratkan hubungan antara pekerja dan majikan, namun tidak semua melihatnya daripada sudut yang sama.
Menerusi satu perkongsian di media sosial, seorang wanita meluahkan pandangan bahawa dia kurang bersetuju dengan konsep family day yang melibatkan ahli keluarga kakitangan.
Menurutnya, urusan kerja dan hal peribadi sepatutnya dipisahkan dengan jelas.

Salah satu antara aktiviti ‘wajib’ yang dianjurkan syarikat adalah ‘team building’. -Gambar hiasan AI



