MENJELANG ketibaan Aidilfitri yang bakal disambut pada Mac ini, pelbagai persiapan mula dilakukan termasuk membeli pakaian baharu mengikut tema dan warna pilihan keluarga.
Namun seorang wanita mula tak senang duduk tatkala memikirkan ibu mentuanya sering campur tangan dalam menentukan warna pakaian yang perlu dipakai setiap tahun.
“Meluat dengan mentua aku ni. Setiap kali raya dia nak tentukan warna tema apa yang kami sekeluarga perlu pakai. Kalau boleh nak kena sama dengan dia.

Isu melibatkan pembelian baju raya sering menjadi topik setiap tahun. -Gambar hiasan





