TIDAK dinafikan ada segelintir jemaah, khususnya golongan yang sudah berumur, dilihat kurang senang dengan kehadiran kanak-kanak di masjid.
Ini kerana mereka beranggapan kehadiran mereka hanya menggangu ketenangan ibadah apabila sering membuat bising dan menimbulkan huru-hara.
Di laman Threads, seorang pemuda berkongsi pengalamannya berdepan situasi sedemikian sehingga terpaksa campur tangan ekoran tindakan seorang jemaah warga emas yang dianggap keterlaluan.






