SEORANG wanita meluahkan rasa tawar hati hendak mendirikan rumah tangga dengan kekasihnya apabila mula melihat sikap sebenar lelaki tersebut.
Kongsi wanita itu, dia terpaksa bekerja keras bagi menghalalkan hubungan mereka namun tidak melihat bakal suaminya melakukan perkara serupa termasuk berusaha menambah pendapatan.
Jelasnya, dia kini melakukan tiga pekerjaan serentak iaitu bekerja di pejabat, pembantu pasar raya selain menjadi live host dan ejen insurans bagi mengukuhkan kewangan.






