SETIAP kali bulan Ramadan pasti banyak cerita yang dikongsi termasuk pengalaman berkunjung ke bazar mahupun ketika menunaikan solat sunat tarawih di masjid.
Dalam keghairahan merebut ganjaran bulan Ramadan, wujud individu yang kurang peka terhadap keselesaan orang lain sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan jemaah.
Di Threads, seorang wanita meluahkan rasa geram selepas berdepan situasi tidak menyenangkan ketika menunaikan solat tarawih di sebuah masjid.





