SEORANG wanita meluahkan rasa kurang senang tentang tindakan segelintir saudara-mara yang berkunjung ke rumah keluarganya pada waktu malam.
Menurut individu itu, waktu mereka bertandang dianggap tidak sesuai iaitu selepas solat Isyak sehingga mengganggu ruang rehat ibu bapanya.
Katanya, dia menyaksikan sendiri bagaimana ibu bapanya mengeluh setiap kali ada tetamu datang pada waktu yang kebiasaannya sudah menjadi masa tidur buat kedua-dua orang tuanya.

Bukan semua tuan rumah selesa menerima tetamu pada waktu lewat malam. -Gambar hiasan AI



