KEHILANGAN abang kandung yang meninggal dunia pada 25 Ramadan dua tahun lalu cukup memberi kesan buat pelakon Fauzi Nawawi.
Terkejut mendengar perkhabaran duka ketika itu, Fauzi atau Muhammad Fauzi Mohd Nawawi, 53, berkata dia jatuh sakit sehingga terpaksa menyambut Aidilfitri di hospital.
“Selepas kematian abang, ada sedikit kejadian yang buatkan saya jatuh sakit. Selama tiga hari saya berada di hospital,” katanya kepada mStar.

Ister memberi semangat buat Fauzi kembali pulih.






