SIFAT lemah lembut dan tidak pernah meninggikan suara antara kenangan paling diingati pelakon Amyza Aznan terhadap anak sulungnya, Allahyarham Andre Mikhail.
Sepanjang hayatnya, Amyza, 49, berkata Andre merupakan anak yang sangat baik, malah tidak pernah melawan atau bergaduh dengan sesiapa termasuk adik-beradiknya.
"Tak ada ibu yang tak puji anak kan? Tapi saya puji dia sebab memang dia begitu. Dia tak pernah ‘hei’, tak pernah melawan.

Amyza tidak dapat menahan sebak ketika berkongsi mengenai anaknya.






