JENAZAH anak sulung kepada Amyza Aznan iaitu Allahyarham Andre Mikhail selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, Selangor pada Selasa.
Allahyarham Andre atau nama sebenarnya Andre Mikhail Khairil Idzhar, 20, disemadikan sekitar pukul 10.45 pagi.
Terdahulu, jenazah Andre disembahyangkan di Masjid Al-Khairiah AU3, Keramat, Selangor.

Amyza setia menemani sehingga ke akhir pengebumian anaknya.





