PENYANYI Ernie Zakri mengakui gementar apabila buat kali pertama membawa anaknya iaitu Nur Khawla Soleha mengikuti penggambaran video muzik (MV) lagu raya di Hong Kong.
Ernie atau Nur Ernie Shahirah Zakri, 34, berkata bukan mudah menguruskan anak yang masih kecil untuk terlibat sama dalam produksi yang menuntut komitmen tinggi.
"Ini kali pertama kami bawa Lala (panggilan Khawla) sekali untuk shooting, memang rasa nervous sebab kita tak tahu mood budak-budak macam mana.

Ernie dan Syamel kongsi perasaan teruja kali pertama rakam lagu raya di Hong Kong bersama anak mereka.







