BARU beberapa hari menjalani ibadah puasa, pelakon Datin Atikah Suhaime berdepan detik cemas apabila tiba-tiba hilang suara.
Atikah atau Nur Atikah Mohd Suhaime, 35, berkata sejak bergelar ibu dia merasakan tahap kesihatannya semakin merosot dan mudah jatuh sakit.
“Saya hilang suara saya. Baru beberapa hari berpuasa. Sejak jadi mak-mak ini, sistem imun saya jadi agak lemah. Sikit-sikit sakit.

Atikah mendedahkan perkara itu melalui hantarannya di Threads.





