IKHTILAT sering dianggap isu kecil oleh sesetengah pihak, namun bagi individu yang menjaga batas pergaulan, ia bukan perkara remeh.
Menerusi satu perkongsian di laman Threads, seorang pemuda meluahkan rasa kurang selesa apabila adik perempuannya membawa pulang rakan ke rumah keluarga mereka sepanjang cuti semester.
“Adik aku cuti semester sampai raya, bawa kawan balik sekali dekat rumah kami. Sampai raya baru ayah kawan dia ambil,” tulisnya.

Lelaki dan perempuan yang bukan mahram perlu sentiasa menjaga batas pergaulan. -Gambar hiasan AI



