KETIKA ini semakin banyak masjid menganjurkan majlis berbuka puasa secara terbuka buat kariah dan orang ramai.
Suasana sederhana namun penuh keberkatan itu menjadi medan untuk mengeratkan ukhuwah, selain mengajar erti kesyukuran dan saling berkongsi rezeki.
Namun begitu, wujud segelintir individu yang bersikap mementingkan diri sehingga mengundang rasa kurang senang pihak lain.






