BAGI sesetengah individu, memiliki anak yang ramai dianggap sebagai ‘pelaburan’ untuk hari tua dengan harapan ada yang menjaga mereka apabila uzur kelak.
Namun realitinya tidak semuanya indah seperti dibayangkan, sebagaimana kisah dikongsikan individu ini.
Menurutnya yang merupakan anak bongsu daripada lapan beradik, dia menjadi satu-satunya individu yang memikul tanggungjawab menjaga ibu bapa ketika mereka sakit.






