KUALITI drama Melayu sekali lagi menjadi perhatian apabila timbul kesilapan kecil yang mengundang kritikan penonton.
Terbaharu, tular satu tangkap layar memaparkan babak daripada telefilem berjudul Mengharap Sebuah Keredhaan yang kembali ditayangkan pada Khamis.
Menerusi hantaran yang dibuat oleh pengguna Threads @sufairaww, babak tersebut memperlihatkan pelakon Nad Zainal yang memegang watak Syima sedang membungkus kerepek.

Hantaran tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen.






